Cacing adalah hewan berbadan lembut dan panjang dalam kumpulan hewan invertebrata. Cacing yang paling dikenali adalah cacing tanah, ahli filum Annelida, tetapi terdapat beratus ribu spesies lain yang tinggal dalam berbagai habitat selain tanah. Selepas beberapa masa takrifan umum ini dikecilkan kepada takrifan moden yang masih merangkumi beberapa kumpulan hewan. Filum utama yang termasuk cacing adalah: • Acanthocephala (cacing kepala berduri) • Ancylostoma (cacing cangkuk) • Annelida (cacing bersegmen) • Chaetognatha (cacing panah)